Thursday 17 May 2012

TREND PERTANIAN DI MALAYSIA



1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
- kerajaan menggalakkan pengeluaran tanaman dan ternakan seperti tanaman (sayuran dan buah-buahan) dan ternakan (burung unta, rusa dan akuakultur)
- bertuuan mengelakkan negara bergantung kepada sesuatu jenis tanaman dan ternakan sebagai punca pendapatan serta mengurangkan risiko kejatuhan harga yang drastik
- kelebihannya ialah menambah dan mempelbagai sumber pendapatan

2. pertanian berorientasikan eksport dan komersial
- industri pertanian yang berpotensi diusahakan secara meluas bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan eksport
- bertujuan memproleh pertukaran wang asing
- kelebihannya ialah dapat memajukan tanaman yang berpotensi. Permintaan yang tinggi daripada negara luar seperti Jepun, United Kingdom, dan Negara Timur Tengah

3. Hubungkait pertanian dengan perlancongan
- Merupakan program pelancongan yang berasaskan pertanian(agrotourism)
- Bertujuan mambantu sektor pelancongan Negara di samping menambahkan pendapatan petani

4. Hubungkait pertanian dan landskap
- mengusahakan pertanian yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dan meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan
- bertujuan mendapatkan hasil yang lumayan daripada pengusahaan tanaman ekonomi dan memenuhi keperluan penghayatan nilai estetika.
- kelebihannya ialah pendapatan peladang bertambah kerana penggunaan kawasan yang optimum, memudahkan pengurusan dan pemandangan yang menarik

5. ladang kontrak
- perladangan yang melibatkan perjanjian antara dua pihak iaitu pembekal(penyedia modal) dengan pengusaha(membekal hasil)
- bertujuan mengurangkan risiko kos meningkat dan keadaan pasaran yang tidak menentu.
- kelebihan kepada pengusaha : mengurangkan risiko pemasaran, harga dan memperoleh modal, latihan serta khidmat nasihat
- kelebihan kepada pembekal : dapat bekalan mengikut masa, kualiti, kuantiti dan harga yang ditetapkan.

6. penggabungan ladang kecil
-menggabungkan ladang- ladang yang kecil yang menjadi ladang besar seperti mini estet.
- pengeluaran tanaman dan ternakan besar – besaran dapat di laksanakan dengan pengurusan moden dan teknologi yang terkini
- kelebihannya ialah dapat mengatasi masalah tanah terbiar dan bahan mentah

7. perhutani
- melakukan aktiviti pertanian dan perhutanan yang di sepadukan  mengikut keserasian atau kesesuaian
- bertujuan menampung masalah kekurangan tenaga buruh, tanah dan bahan mentah
- kelebihannya ialah dapat mengoptimumkan penggunaan sumber pengeluaran, menggabungkan industri perhutanan dan pertanian , membantu ekosistem dan meningkatkan pendapatan

kompos

 MHI menunjukkan demo membuat kompos di rumah

gambar lawatan ke ladang pertanian UPM

kawasan penanaman pokok penanti 
daun pokok getah

 daun pokok getah


ini bukan nk skodeng tapi melihat bentuk urat daun getah

Dato' Dr Idris menunjukkan perubahan lapisan tanah

pokok getah yang telah di pindah kan tunas variety pokok yang baru

pokok getah akan di tanam secara menegak dan dalam jarak yang jauh bagi mengelakkan anak pokok dari berebut baja

sukenya depa memeluk pokok yang telah berusia selepas beberapa tahun ia tidak di toreh bagi mengelakkan pokok stress








anak pokok yang tumbuh di kawasan ladang akan di panggil sebagai rumpai...



Rubiaceae

Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Tanaman dan Ternakan yang Utama


IKLIM
Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun menyebbakan ia sesuai kepada jenis tanaman seperti getah dan kelapa sawit. bagi kawasan tinggi yang beriklim lebih sejuk pula sesuai di tanam sayuran iklim sederhana seperti kubis, kubis bunga dan tomato

PERKEMBANGAN SEJARAH 
Sebelum penjajahan inggeris padi, kelapa sawit, buah – buahan, gambir, rempah, dan sayuran di tanam secara sara diri. Semasa penjajahan inggeris, getah dan kelapa sawit di perkenalkan. Pendatang cina pula  membawa masuk ternakan ayam dan khinzir. Manakala pendatang india membawa masuk lembu ke pantai barat Semenanjung Malaysia

EKONOMI
Tanaman dan ternakan banyak di sesuatu kawasan yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan pasaran yang tinggi

DASAR KERAJAAN
Kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar untuk pembangunan sektor pertanian semenjak merdeka. Antara dasar-dasar yang beerkaitan ialah

  1. Rancangan Malaya Pertama(1956 – 1960)
  2. Rancangan Malaya  Kedua(1961 – 1965)
  3. Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970)
  4. Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)
  5. Rancangan Malaysia Ketiga(1976 – 1980)
  6. Rancangan Malaysia Keempat(1981 – 1985)
  7. Rancangan Malaysia Kelima(1986 – 1990)
  8. Rancangan Malaysia Keenam(1991 – 1995)
  9. Rancangan Malaysia Ketujuh(1996 – 2000)

jom belajar buat amali tapai



cara nak buat tapai....

TANAMAN DAN TERNAKAN DI MALAYSIA TABURAN TANAMAN


Getah
- Perak, Johor, Pahang, Kedah Dan Perlis
* Kaki bukit dan tanah pamah beralun
- Sabah
* Sepanjang Pantai Barat
- Sarawak
* Kawasan lereng bukit dan lembah sungai

Kelapa Sawit
- Johor, Perak, Selangor, Terengganu, Pahang Dan Sabah
* Tanah beralun dan berbukit
* Di Kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur

Koko
- Perak, Selangor, Johor Barat, Sabah Dan Pulau Pinang
* Kawasan tanah rata

Kelapa
- Selangor, Perak, Johor, Sabah Dan Sarawak
* Di kawasan pantai dan tanah berpasir

Padi
- Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah Dan Sarawak
* Pantai Barat di kawasan tanah pamah yang beralun
* Sabah Dan Sarawak Di kawasan berbukit

Sayur – Sayuran
- Pahang, Selangor, Johor, Perak dan Sabah
* Kawasan Tanah Tinggi Dan Rendah


TABURAN TERNAKAN

Lembu dan Kerbau
Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang

Kambing dan Biri-biri
Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan

Ayam
Pulau Pinang, Perak, Selangor dan johor

Itik
Selangor dan Perak

Khinzir
Negeri Sembilan, Perak, Sarawak dan Johor

Wednesday 16 May 2012

cara bedah ayam


 
marilah singgah lihat ayam di bedah


KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA


Nak tahu tak pertanian di Malaysia ini sangat penting kerana ianya mendatangkan pelbagai faedah kepada kita sebagai rakyatnya dan juga Negara….

Nak tahu kenapa ??????


Pertanian sebagai pengeluaran bahan makanan.
-  tanaman padi menghasilkan beras yang menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Bahan makanan lain yang di hasilkan ialah minyak masak dari tanaman sawit . ternakan seperti ayam, ikan, lembu dan lain-lain telah di bekalkan oleh sector pertanian untuk rakyatnya… keadaan ini dapat mengurangkan import bahan makanan dari luar Negara, seterusnya dapat menjimatkan wang Negara

 Pertanian sebagai pengeluaran bahan mentah
-  Penghasilan bahan mentah tempatan dapat mengurangkan import bahan mentah dari luar. Ia juga dapat mengurangkan kos pengeluaran dan setrusnya mengurangkan harga barang. Ia mengelakkan kekurangan bahan mentah yang akan menjejaskan pengeluaran bahan siap proses

Pertanian sebagai pendapatan eksport
- Hasil pertanian yang berlebihan dari keperluan domestic boleh di eksport keluar Negara. Ia dapat meningkatkan pendapatan Negara dalam KDNK( keluaran dalam negara kasar)

Pertanian membuka peluang pekerjaan
-  Terdapaatnya banyak peluang pekerjaan contohnya dalam sector perkhidmatan seperti pegawai petanian, pegawai bank , penyelidik dan lain – lain

Apa itu pertanian??


Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun,  dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai Sains pertanian

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di  kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian dan perindustrian).