Pertanian ialah pengeluaran
makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan
perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada
kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan
lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih
padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai Sains pertanian
Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk
cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan
bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan
penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada
abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian
telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut
biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya,
permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya,
pertanian dan perindustrian).
No comments:
Post a Comment