Thursday 17 May 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Tanaman dan Ternakan yang Utama


IKLIM
Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun menyebbakan ia sesuai kepada jenis tanaman seperti getah dan kelapa sawit. bagi kawasan tinggi yang beriklim lebih sejuk pula sesuai di tanam sayuran iklim sederhana seperti kubis, kubis bunga dan tomato

PERKEMBANGAN SEJARAH 
Sebelum penjajahan inggeris padi, kelapa sawit, buah – buahan, gambir, rempah, dan sayuran di tanam secara sara diri. Semasa penjajahan inggeris, getah dan kelapa sawit di perkenalkan. Pendatang cina pula  membawa masuk ternakan ayam dan khinzir. Manakala pendatang india membawa masuk lembu ke pantai barat Semenanjung Malaysia

EKONOMI
Tanaman dan ternakan banyak di sesuatu kawasan yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan pasaran yang tinggi

DASAR KERAJAAN
Kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar untuk pembangunan sektor pertanian semenjak merdeka. Antara dasar-dasar yang beerkaitan ialah

  1. Rancangan Malaya Pertama(1956 – 1960)
  2. Rancangan Malaya  Kedua(1961 – 1965)
  3. Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970)
  4. Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)
  5. Rancangan Malaysia Ketiga(1976 – 1980)
  6. Rancangan Malaysia Keempat(1981 – 1985)
  7. Rancangan Malaysia Kelima(1986 – 1990)
  8. Rancangan Malaysia Keenam(1991 – 1995)
  9. Rancangan Malaysia Ketujuh(1996 – 2000)

No comments:

Post a Comment