Wednesday 16 May 2012

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA


Nak tahu tak pertanian di Malaysia ini sangat penting kerana ianya mendatangkan pelbagai faedah kepada kita sebagai rakyatnya dan juga Negara….

Nak tahu kenapa ??????


Pertanian sebagai pengeluaran bahan makanan.
-  tanaman padi menghasilkan beras yang menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Bahan makanan lain yang di hasilkan ialah minyak masak dari tanaman sawit . ternakan seperti ayam, ikan, lembu dan lain-lain telah di bekalkan oleh sector pertanian untuk rakyatnya… keadaan ini dapat mengurangkan import bahan makanan dari luar Negara, seterusnya dapat menjimatkan wang Negara

 Pertanian sebagai pengeluaran bahan mentah
-  Penghasilan bahan mentah tempatan dapat mengurangkan import bahan mentah dari luar. Ia juga dapat mengurangkan kos pengeluaran dan setrusnya mengurangkan harga barang. Ia mengelakkan kekurangan bahan mentah yang akan menjejaskan pengeluaran bahan siap proses

Pertanian sebagai pendapatan eksport
- Hasil pertanian yang berlebihan dari keperluan domestic boleh di eksport keluar Negara. Ia dapat meningkatkan pendapatan Negara dalam KDNK( keluaran dalam negara kasar)

Pertanian membuka peluang pekerjaan
-  Terdapaatnya banyak peluang pekerjaan contohnya dalam sector perkhidmatan seperti pegawai petanian, pegawai bank , penyelidik dan lain – lain

No comments:

Post a Comment