Isu Pertanian di Malaysia
Isu Pertanian di Malaysia
a. Produktiviti
· Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
· Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
i.
Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
- penggunaan tenaga buruh yang masih tinggi
ii.
Daya pengeluaran yang rendah
- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
iii.
Saiz ladang terlalu kecil
- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang ekonomikal
- hasil rendah
iv.
Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
- petani kurang menggunakan teknologi moden
- cara meningkatkan produktiviti - pekebun kecil menggunakan klon-klon getah baru, teknik
penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam penanaman sayur-sayuran. v.
Perubahan cuaca dan iklim
- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti
· Langkah mengatasi kekangan produktiviti:
i.
Ladang kelompok
- ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber
sedia ada.
- Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok
- Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
ii.
Perladangan campuran
- menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.
- dapat menambah pendapatan petanicontoh : menanam pisang dalam kebun kelapa atau
kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
iii.
Penggunaan teknologi
- kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang
berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat
.- guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
b. Ketidakstabilan harga
- Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.- Hasil pertanian cepat
rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil pertanian tidak dapat disimpan
sementara menunggu harga meningkat.- Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan
petani.
- Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.
Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
- Memproses hasil tanaman
- Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
- Menghapuskan penggunaan orang tengah
- Memperkenalkan harga minimum terjamin
- Mencari bahan alternatif untuk makanan ternakan
c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
· Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
· Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
d. Pendidikan Dan Latihan
· melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
· Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam
teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
e. Penghijrahan Penduduk
· Hijrah dari desa ke bandar
· Kerana faktor:
i.
Sosial - gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
ii.
Ekonomi - pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak
risiko
· Kesan penghijrahan - pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien
· Langkah mengatasi - membawa industri ke desa, menggalakkan belia mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
f. Pencemaran Alam Sekitar
· Punca pencemaran:
- sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
- sisa toksik dari racun makhluk perosak
- asap dari pembakaran
- pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
- penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
- hakisan kawasan penanaman
Cara mengatasi pencemaran:
- guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
- guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
- penguatkuasaan undang-undang
- mengurangkan penggunaan racun perosak - rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak
bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
g. Kekurangan Buruh
· Punca kekurangan buruh:
- penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
- golongan muda berhijrah ke bandar
- pendapatan kurang lumayan
- pulangan pertanian rendah
- perusahaan pertanian berisiko
- perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
· Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
- Penggunaan teknologi baru
- Penggunaan mekanisasi ladang
- Aplikasi penggunaan bioteknologi
- Pertanian persis
No comments:
Post a Comment