Friday, 8 June 2012

Isu Pertanian di Malaysia


             Isu Pertanian di Malaysia
  a.      Produktiviti
 ·         Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
 ·         Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
                                      
  i.      Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
      - penggunaan tenaga buruh yang masih tinggi          
                            
ii.      Daya pengeluaran yang rendah
      - permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah    
                                 
iii.      Saiz ladang terlalu kecil
      - keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang ekonomikal 
      - hasil rendah                               


  iv.      Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
        - petani kurang menggunakan teknologi moden
        - cara meningkatkan produktiviti - pekebun kecil menggunakan klon-klon getah baru, teknik
           penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam penanaman sayur-sayuran.                                      v.      Perubahan cuaca dan iklim
       - kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti  





·         Langkah mengatasi kekangan produktiviti:
             

          i.      Ladang kelompok
          - ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber 
            sedia ada.           
          - Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok           
          - Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi                                    

       ii.      Perladangan campuran
          - menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.
          - dapat menambah pendapatan petanicontoh  :  menanam pisang dalam kebun kelapa atau 
             kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit

      iii.      Penggunaan teknologi
-           kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang 
            berkualiti  dan tahan penyakit dalam masa singkat
.-           guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan

 b.      Ketidakstabilan harga
 -     Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.-     Hasil pertanian cepat 
       rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil        pertanian tidak dapat disimpan 
       sementara menunggu harga meningkat.-     Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan 
        petani.
-     Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.

    Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:

-          Memproses hasil tanaman
-          Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
-          Menghapuskan penggunaan orang tengah
-          Memperkenalkan harga minimum terjamin
-          Mencari bahan alternatif untuk makanan ternakan


  c.      Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
 ·         Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
·         Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi

  d.      Pendidikan Dan Latihan
 ·         melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
·         Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam   
      teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.

 e.      Penghijrahan Penduduk
 ·         Hijrah dari desa ke bandar
·         Kerana faktor:
                                                   i.      Sosial - gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
                                                 ii.      Ekonomi - pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak 
                                                risiko
·         Kesan penghijrahan - pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien 
·         Langkah mengatasi - membawa industri ke desa, menggalakkan belia mengusahakan pertanian secara professional dan komersial


 f.        Pencemaran Alam Sekitar
 ·         Punca pencemaran:
-          sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
-          sisa toksik dari racun makhluk perosak
-          asap dari pembakaran
-          pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
-          penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
-          hakisan kawasan penanaman

Cara mengatasi pencemaran:
-          guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
-          guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
-          penguatkuasaan undang-undang
-          mengurangkan penggunaan racun perosak - rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak 
      bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik

 g.      Kekurangan Buruh
 ·         Punca kekurangan buruh:
-          penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
-          golongan muda berhijrah ke bandar
-          pendapatan kurang lumayan
-          pulangan pertanian rendah
-          perusahaan pertanian berisiko
-          perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
·         Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
-          Penggunaan teknologi baru
-          Penggunaan mekanisasi ladang
-          Aplikasi penggunaan bioteknologi
-          Pertanian persis
 

Thursday, 17 May 2012

TREND PERTANIAN DI MALAYSIA



1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
- kerajaan menggalakkan pengeluaran tanaman dan ternakan seperti tanaman (sayuran dan buah-buahan) dan ternakan (burung unta, rusa dan akuakultur)
- bertuuan mengelakkan negara bergantung kepada sesuatu jenis tanaman dan ternakan sebagai punca pendapatan serta mengurangkan risiko kejatuhan harga yang drastik
- kelebihannya ialah menambah dan mempelbagai sumber pendapatan

2. pertanian berorientasikan eksport dan komersial
- industri pertanian yang berpotensi diusahakan secara meluas bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan eksport
- bertujuan memproleh pertukaran wang asing
- kelebihannya ialah dapat memajukan tanaman yang berpotensi. Permintaan yang tinggi daripada negara luar seperti Jepun, United Kingdom, dan Negara Timur Tengah

3. Hubungkait pertanian dengan perlancongan
- Merupakan program pelancongan yang berasaskan pertanian(agrotourism)
- Bertujuan mambantu sektor pelancongan Negara di samping menambahkan pendapatan petani

4. Hubungkait pertanian dan landskap
- mengusahakan pertanian yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dan meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan
- bertujuan mendapatkan hasil yang lumayan daripada pengusahaan tanaman ekonomi dan memenuhi keperluan penghayatan nilai estetika.
- kelebihannya ialah pendapatan peladang bertambah kerana penggunaan kawasan yang optimum, memudahkan pengurusan dan pemandangan yang menarik

5. ladang kontrak
- perladangan yang melibatkan perjanjian antara dua pihak iaitu pembekal(penyedia modal) dengan pengusaha(membekal hasil)
- bertujuan mengurangkan risiko kos meningkat dan keadaan pasaran yang tidak menentu.
- kelebihan kepada pengusaha : mengurangkan risiko pemasaran, harga dan memperoleh modal, latihan serta khidmat nasihat
- kelebihan kepada pembekal : dapat bekalan mengikut masa, kualiti, kuantiti dan harga yang ditetapkan.

6. penggabungan ladang kecil
-menggabungkan ladang- ladang yang kecil yang menjadi ladang besar seperti mini estet.
- pengeluaran tanaman dan ternakan besar – besaran dapat di laksanakan dengan pengurusan moden dan teknologi yang terkini
- kelebihannya ialah dapat mengatasi masalah tanah terbiar dan bahan mentah

7. perhutani
- melakukan aktiviti pertanian dan perhutanan yang di sepadukan  mengikut keserasian atau kesesuaian
- bertujuan menampung masalah kekurangan tenaga buruh, tanah dan bahan mentah
- kelebihannya ialah dapat mengoptimumkan penggunaan sumber pengeluaran, menggabungkan industri perhutanan dan pertanian , membantu ekosistem dan meningkatkan pendapatan

kompos

 MHI menunjukkan demo membuat kompos di rumah

gambar lawatan ke ladang pertanian UPM

kawasan penanaman pokok penanti 
daun pokok getah

 daun pokok getah


ini bukan nk skodeng tapi melihat bentuk urat daun getah

Dato' Dr Idris menunjukkan perubahan lapisan tanah

pokok getah yang telah di pindah kan tunas variety pokok yang baru

pokok getah akan di tanam secara menegak dan dalam jarak yang jauh bagi mengelakkan anak pokok dari berebut baja

sukenya depa memeluk pokok yang telah berusia selepas beberapa tahun ia tidak di toreh bagi mengelakkan pokok stress








anak pokok yang tumbuh di kawasan ladang akan di panggil sebagai rumpai...



Rubiaceae

Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Tanaman dan Ternakan yang Utama


IKLIM
Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun menyebbakan ia sesuai kepada jenis tanaman seperti getah dan kelapa sawit. bagi kawasan tinggi yang beriklim lebih sejuk pula sesuai di tanam sayuran iklim sederhana seperti kubis, kubis bunga dan tomato

PERKEMBANGAN SEJARAH 
Sebelum penjajahan inggeris padi, kelapa sawit, buah – buahan, gambir, rempah, dan sayuran di tanam secara sara diri. Semasa penjajahan inggeris, getah dan kelapa sawit di perkenalkan. Pendatang cina pula  membawa masuk ternakan ayam dan khinzir. Manakala pendatang india membawa masuk lembu ke pantai barat Semenanjung Malaysia

EKONOMI
Tanaman dan ternakan banyak di sesuatu kawasan yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan pasaran yang tinggi

DASAR KERAJAAN
Kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar untuk pembangunan sektor pertanian semenjak merdeka. Antara dasar-dasar yang beerkaitan ialah

  1. Rancangan Malaya Pertama(1956 – 1960)
  2. Rancangan Malaya  Kedua(1961 – 1965)
  3. Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970)
  4. Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)
  5. Rancangan Malaysia Ketiga(1976 – 1980)
  6. Rancangan Malaysia Keempat(1981 – 1985)
  7. Rancangan Malaysia Kelima(1986 – 1990)
  8. Rancangan Malaysia Keenam(1991 – 1995)
  9. Rancangan Malaysia Ketujuh(1996 – 2000)

jom belajar buat amali tapai



cara nak buat tapai....

TANAMAN DAN TERNAKAN DI MALAYSIA TABURAN TANAMAN


Getah
- Perak, Johor, Pahang, Kedah Dan Perlis
* Kaki bukit dan tanah pamah beralun
- Sabah
* Sepanjang Pantai Barat
- Sarawak
* Kawasan lereng bukit dan lembah sungai

Kelapa Sawit
- Johor, Perak, Selangor, Terengganu, Pahang Dan Sabah
* Tanah beralun dan berbukit
* Di Kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur

Koko
- Perak, Selangor, Johor Barat, Sabah Dan Pulau Pinang
* Kawasan tanah rata

Kelapa
- Selangor, Perak, Johor, Sabah Dan Sarawak
* Di kawasan pantai dan tanah berpasir

Padi
- Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah Dan Sarawak
* Pantai Barat di kawasan tanah pamah yang beralun
* Sabah Dan Sarawak Di kawasan berbukit

Sayur – Sayuran
- Pahang, Selangor, Johor, Perak dan Sabah
* Kawasan Tanah Tinggi Dan Rendah


TABURAN TERNAKAN

Lembu dan Kerbau
Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang

Kambing dan Biri-biri
Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan

Ayam
Pulau Pinang, Perak, Selangor dan johor

Itik
Selangor dan Perak

Khinzir
Negeri Sembilan, Perak, Sarawak dan Johor