Thursday 17 May 2012

TREND PERTANIAN DI MALAYSIA



1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
- kerajaan menggalakkan pengeluaran tanaman dan ternakan seperti tanaman (sayuran dan buah-buahan) dan ternakan (burung unta, rusa dan akuakultur)
- bertuuan mengelakkan negara bergantung kepada sesuatu jenis tanaman dan ternakan sebagai punca pendapatan serta mengurangkan risiko kejatuhan harga yang drastik
- kelebihannya ialah menambah dan mempelbagai sumber pendapatan

2. pertanian berorientasikan eksport dan komersial
- industri pertanian yang berpotensi diusahakan secara meluas bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan eksport
- bertujuan memproleh pertukaran wang asing
- kelebihannya ialah dapat memajukan tanaman yang berpotensi. Permintaan yang tinggi daripada negara luar seperti Jepun, United Kingdom, dan Negara Timur Tengah

3. Hubungkait pertanian dengan perlancongan
- Merupakan program pelancongan yang berasaskan pertanian(agrotourism)
- Bertujuan mambantu sektor pelancongan Negara di samping menambahkan pendapatan petani

4. Hubungkait pertanian dan landskap
- mengusahakan pertanian yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dan meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan
- bertujuan mendapatkan hasil yang lumayan daripada pengusahaan tanaman ekonomi dan memenuhi keperluan penghayatan nilai estetika.
- kelebihannya ialah pendapatan peladang bertambah kerana penggunaan kawasan yang optimum, memudahkan pengurusan dan pemandangan yang menarik

5. ladang kontrak
- perladangan yang melibatkan perjanjian antara dua pihak iaitu pembekal(penyedia modal) dengan pengusaha(membekal hasil)
- bertujuan mengurangkan risiko kos meningkat dan keadaan pasaran yang tidak menentu.
- kelebihan kepada pengusaha : mengurangkan risiko pemasaran, harga dan memperoleh modal, latihan serta khidmat nasihat
- kelebihan kepada pembekal : dapat bekalan mengikut masa, kualiti, kuantiti dan harga yang ditetapkan.

6. penggabungan ladang kecil
-menggabungkan ladang- ladang yang kecil yang menjadi ladang besar seperti mini estet.
- pengeluaran tanaman dan ternakan besar – besaran dapat di laksanakan dengan pengurusan moden dan teknologi yang terkini
- kelebihannya ialah dapat mengatasi masalah tanah terbiar dan bahan mentah

7. perhutani
- melakukan aktiviti pertanian dan perhutanan yang di sepadukan  mengikut keserasian atau kesesuaian
- bertujuan menampung masalah kekurangan tenaga buruh, tanah dan bahan mentah
- kelebihannya ialah dapat mengoptimumkan penggunaan sumber pengeluaran, menggabungkan industri perhutanan dan pertanian , membantu ekosistem dan meningkatkan pendapatan

No comments:

Post a Comment